Kedai Sekolah
  • Daftar
  • Log Masuk
    • Ibu Bapa / Penjaga
    • Kakitangan Sekolah
    • Pengedar / Pembekal
    • Ejen
    • Agensi

Pendaftaran


Ibu Bapa / Penjaga
Kakitangan Sekolah
Pengedar / Pembekal

Pejabat Kami

 B-03-15, 3rd Floor, Block B, One South Mall

 +603-8658 0398 / +603-8658 0399

 helpdesk@kedaisekolah.my

  • Terma & Syarat Perkhidmatan
  • FAQ
  • Tentang Kami

FAQ kedaisekolah.my

Umum

  1. Apakah kedaisekolah.my?
    kedaisekolah.my merupakan SATU PLATFORM ATAS TALIAN bagi MEMUDAHKAN PENGGUNA untuk melakukan PEMBAYARAN yuran dan PEMBELIAN barangan persekolahan daripada pelbagai jenis pembekal.
  2. Siapakah pengguna kedaisekolah.my?
    1. Sekolah
    2. Ibubapa
    3. Pembekal
    4. Ejen Pembekal
    5. Agensi
  3. Kenapa perlu guna kedaisekolah.my?
    1. MUDAH. Ibubapa tidak perlu bersesak-sesak ke sekolah untuk tujuan pembayaran yuran dan keperluan murid yang lain.
    2. FOKUS. Guru lebih focus kerana tidak dibebankan untuk mengutip yuran persekolahan dan sebagainya.
    3. KEPELBAGAIAN. Lebih banyak pilihan produk untuk dibeli oleh ibubapa.
    4. SELAMAT. Sekolah terhindar dari risiko kecurian.
  4. Cara pembayaran yang disediakan oleh kedaisekolah.my ?
    Pembayaran adalah secara atas talian (payment gateway) atau melalui kaunter sekolah.
  5. Berapa YURAN PENDAFTARAN kedaisekolah.my?
    PERCUMA. Tiada sebarang Yuran Pendaftaran akan dikenakan.
  6. Macam mana nak daftar di kedaisekolah.my ?
    Mudah. Hanya 4 langkah seperti di bawah:
    1. Layari url : https://kedaisekolah.my/
    2. Klik pada butang “Daftar” dan seterusnya pilih pada IKON jenis pengguna yang ingin didaftarkan.
    3. Isi maklumat yang dikehendaki dan seterusnya Klik pada butang “Daftar”.
    4. Pengesahan emel.

IbuBapa

  1. Bolehkah saya mendaftar jika tiada emel?
    Maaf, tuan/puan tidak boleh mendaftar sebagai pengguna kerana email akan digunakan sebagai ID log masuk sistem. Tetapi pembayaran yuran atau pembelian barang persekolahan boleh dilakukan di kaunter sekolah.
  2. Bolehkah jika saya nak bayar sekaligus yuran atau pesanan buku bagi anak-anak yang berlainan sekolah ?
    BOLEH. Dengan syarat sekolah anak – anak telah berdaftar dengan kedaisekolah.my.
  3. Selepas bayar, bagaimana nak dapat Resit Bayaran?
    Sila klik butang “Resit” pada bahagian Pesanan Lengkap Pengguna. Anda akan menerima Resit dalam format PDF.

Sekolah

  1. Apa yang perlu saya lakukan jika nama sekolah saya tiada di dalam senarai?
    Pihak sekolah perlu menghubungi admin sistem di talian +6019 865 4027 atau email ke admin@kedaisekolah.my.
  2. Berapa jenis yuran yang boleh diterima melalui kedaisekolah.my?
    TIADA HAD. Bergantung kepada ketetapan pihak sekolah.
  3. Siapa yang saya perlu hubungi jika ada masalah menggunakan kedaisekolah.my?
    Sila berhubung dengan khidmat sokongan kami di talian +6019 865 4027 atau email ke admin@kedaisekolah.my.
  4. Adakah sekolah dikenakan caj penyelenggaraan?
    PERCUMA. Tiada sebarang caj penyelenggaraan akan dikenakan.
  5. Adakah cara penggunaan disediakan?
    YA. Cara penggunaan disediakan dalam bentuk video yang menarik dan mudah difahami.

Pembekal

  1. Kenapa Pembekal perlu guna kedaisekolah.my?
    1. Promosi produk
    2. Pasaran lebih luas
    3. Meningkatkan jualan
    4. Pengurusan lebih sistematik dan cekap
  2. Adakah Pembekal menerima pesanan sekolah secara atas talian ?
    YA. Segala pesanan sekolah akan dihantar kepada pembekal melalui sistem kedaisekolah.my

KEDAISEKOLAH.MY

PELBAGAI KEMUDAHAN DALAM SATU PLATFORM

Di era digitalisasi ini, kita dikelilingi oleh pelbagai bentuk teknologi yang memudahkan urusan harian kita, akan tetapi apabila tiba pada urusan persekolahan, kita masih lagi terikat dengan proses secara manual yang merumitkan dan menjadi suatu bebanan kepada pelbagai pihak

Dengan harapan dapat membantu pelbagai pihak dalam urusan persekolahan, maka tercetuslah platform kedaisekolah.my yang menyediakan PELBAGAI KEMUDAHAN DALAM SATU PLATFORM.

Platform ini menyediakan kemudahan seperti berikut :
  1. Pengurusan Pembayaran dan Kutipan Yuran Persekolahan.
  2. Pengurusan Pembelian Peralatan Persekolahan.
  3. Digital Marketplace.
© 2025 , Hakcipta Terpelihara kedaisekolah.my
Dikemaskini pada : 20 May 2025, 11:59 AM