Halaman ini memperincikan terma dan syarat (“Terma Perkhidmatan”) penggunaan laman web platform kedaisekolah.my ( https://kedaisekolah.my/ ) dan aplikasi mudah alihnya (secara kolektifnya dikenali sebagai “Platform”). Platform ini dimiliki dan diselenggara oleh syarikat Mutiara I-Tech Sdn Bhd (MITSB). Terma “kami” yang dirujukkan di sini adalah merujuk kepada pihak Syarikat dan terma “anda” yang dirujuk di sini adalah merujuk kepada pihak pengguna platform. Sila baca Terma Perkhidmatan ini dengan teliti sebelum menggunakan Platform ini. Ia menggariskan obligasi ke atas anda berkaitan hak-hak anda dan pengecualian liabiliti kami. Anda mestilah segera menahan diri dan berhenti daripada menggunakan platform ini sekiranya anda tidak bersetuju dengan Terma Perkhidmatan ini.